Lokasi dan habitat Keli kayu

Ikan Keli Kayu merupakan ikan yang hidup termasuk di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, timur India, Sri Lanka, Bangladesh, Burma, Indonesia, Singapore, dan Borneo. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini merupakan kebiasaan disemerata tempat di negara tersebut. Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan keseluruh negara dan kebanyakan pengguna membeli ikan keli hidup-hidup. Ikan Keli Kayu ini adalah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 - 82°F.)

Ikan Keli Kayu membiak dalam air bertakung, biasanya rendah oksigen,[3] dan sering didapati dalam kolam berlumpur, terusan, dan habitat seumpama dengannya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masanya di atas, atau hampir permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala bagi mengambil oksigen.[3]